fbpx

Jenazah Adik dituntut keluarga kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Persoalan sama ada jenazah ‘Adik’ akan dibawa pulang mengikut Uminya (keluarga angkat) atau tidak akhirnya terjawab selepas waris memberitahu akan menuntut jenazah kanak-kanak itu di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka, pagi ini.

Tinjauan Kosmo! di rumah nenek mangsa di Taman Kasturi, Simpang Bekoh, di sini berjaya menemui salah seorang waris kanak-kanak tersebut yang dipercayai bapa saudaranya.

Bagaimanapun, lelaki itu enggan ditemui bual dan hanya menjawab ringkas bahawa jenazah Adik akan dituntut keluarganya dan dikebumikan di sini. Lelaki itu kemudian terus beredar dengan menunggang sebuah motosikal.

Jenazah itu dipercayai akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh dan tinjauan Kosmo! di tanah perkuburan turut mendapati liang lahad jenazah telah digali.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Al-Hidayah Chabau, Rosli Ibrahim, 65, ketika ditemui di pekarangan perkuburan memberitahu, van jenazah telah bergerak ke Hospital Melaka untuk membawa jenazah kanak-kanak itu kira-kira pukul 8 pagi tadi.

“Jenazah akan dibawa terus ke surau As-Syakirin Simpang Bekoh untuk disembahyangkan oleh ahli keluarga sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

“Saya dimaklumkan hanya 40 orang sahaja dibenarkan untuk menjalankan solat jenazah tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, menurut sumber, perkara itu telah diputuskan oleh keluarga waris malam tadi dan memaklumkannya kepada keluarga angkat mangsa, yang berhasrat untuk menyemadikan arwah di Rawang, Selangor.

Difahamkan, keluarga waris turut meletakkan syarat membenarkan hanya dua wakil keluarga angkat dibenarkan untuk menguruskan jenazah Adik. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI