fbpx
Ahmad Shukri (dua dari kanan) memberi nasihat kepada sebahagian individu yang ditahan dalam operasi bersepadu di Kuala Kedah sejak 24 Januari lalu hingga hari ini.

Empat pengedar dadah dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Kelicikan empat lelaki berusia antara 20-an hingga 40-an mengedar dadah sejak setahun lalu berakhir apabila mereka ditahan polis awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar,  Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kesemua mereka diberkas sepasukan polis yang melakukan serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Aman di sini kira-kira pukul 1 pagi.

“Sebanyak lima peket plastik lut sinar pelbagai saiz berisi dadah jenis syabu dirampas.

“Selain itu, kita turut merampas sebuah kereta jenis Audi A5 bersama wang tunai RM1,870,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Kuala Kedah di sini hari ini.

Katanya, keempat-empat individu terbabit didapati memiliki rekod lampau kes dadah selain positif dadah jenis methamphethamine.

“Mereka direman selama enam hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 serta Seksyen 15(1)(a) akta sama,” ujarnya.

Sementara itu katanya, seramai 166 individu ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan di Kuala Kedah di sini sejak 24 Januari lalu hingga semalam. – K! ONLINE

POPULAR