fbpx

Tiada letupan atau gegaran berlaku di Pantai Barat Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazani

KOTA KINABALU – Polis Sabah tidak menerima sebarang maklumat mengenai sebarang letupan seperti dilaporkan berlaku di beberapa daerah di Pantai Barat negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya sudah menggerakkan beberapa pasukan melalui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk memantau kawasan terlibat.

“Tiada sebarang insiden sama ada berkaitan letupan atau gegaran dilaporkan setakat ini berlaku melibatkan mana-mana kawasan di Sabah.

“Kita juga sudah menjalankan siasatan dengan menghubungi beberapa lokasi penting termasuklah syarikat seperti Asian Supply Base, Petronas Chemical Methanol dan Shell Hibiscus namun tiada apa-apa insiden dilaporkan,”katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, pihak ada menerima laporan yang mendakwa terdengar bunyi letupan kuat di beberapa lokasi Pantai Barat sebenarnya berlaku di kawasan Muara Teluk Brunei.

Sementara itu, perkara sama turut disahkan Jabatan Meteorologi Malaysia yang menyatakan setakat ini tiada sebarang amaran bencana alam termasuklah gempa bumi berlaku di kawasan terbabit.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI