fbpx

Keputusan lanjutan PKP akan diputuskan MKN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menegaskan bahawa pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan membuat keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan disambung atau tidak selepas 4 Februari ini.

Jelasnya, melihat situasi terkini, Selangor mencatatkan kes harian yang tertinggi dan segala keputusan berhubung lanjutan PKP bergantung kepada MKN.

“Daripada hari pertama pelaksanaan PKP pada Mac tahun lalu, tugas Kementerian Kesihatan adalah memberi nasihat selain cadangan kepada MKN untuk melaksanakan tindakan yang sewajarnya selain perlu mengimbangi dari aspek kesihatan dan ekonomi.

“Negeri Selangor mencatat kes harian tertinggi. Sama ada ia (lanjutan PKP) bersasar kepada Selangor sahaja atau tidak, ia bergantuny kepada MKN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Husin.

Mengulas lanjut, menurut Noor Hisham, lanjutan PKP masih dalam perbincangan dan beliau berharap orang ramai terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan berbanding memikirkan pelaksanaan PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tambahnya, Jabatan Kesihatan juga perlu mencari titik keseimbangan dua aspek iaitu kesihatan dan ekonomi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI