fbpx

Elizabeth Tan memasak pun menggoda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELIZABETH TAN

Sebut sahaja nama Elizaberth Tan, pasti ramai tahu penyanyi dan pelakon itu sinonim dengan imej seksi dan berperwatakan manja.

Baru-baru ini, selebriti berusia 28 tahun itu berkongsi video resipi membuat kek coklat keju dalam Instagram.

Dalam video tersebut, Elizabeth atau Lizzy yang memasak dengan hanya memakai singlet rona merah jambu dan seluar pendek itu ternyata membuatkan ramai kaum Adam tidak senang duduk.

Rupa-rupanya, di sebalik kelincahannya berkongsi resipi pencuci mulut itu, ruangan komen video berkenaan dihujani dengan komen nakal dan berbaur lucah daripada ramai lelaki miang.

Pelbagai reaksi diluahkan golongan lelaki terhadap video tersebut, namun rata-rata mereka memang teruja dengan aksi Lizzy.

“Sudah tiga kali ulang tetapi masih tak boleh nak ingat resipinya. Perlu tengok lagi ni,” tulis seorang lelaki dalam ruangan komen.

“Video ini memang menguji keimanan betul,” komen seorang lagi netizen lelaki.

Bagi Diva, tidak eloklah mereka menulis komen sedemikian kerana Lizzy hanya berkongsi video masakan, bukannya aksi tidak senonoh.

Jagalah adab ketika menulis komen sebab yang Diva lihat, ada juga suami orang di situ. Hati-hati nanti isteri cari!

DIVA: Bila agaknya kemelut antara Rita Rudaini dan bekas suami akan berakhir. Semoga pengakhirannya nanti baik-baik saja!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI