fbpx

‘Dulu kau cakap aku dayus, isteri dan anak sebar maksiat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tidak menyebelahi mana-mana pihak, pelakon Aeril Zafrel menganggap tindakan yang dilakukan Azad Jasmin terhadap pempengaruh sensasi, Tareq Fit ibarat karma daripada perbuatannya sebelum ini.

Menurut Aeril atau nama penuhnya Suhairil Sunari, 38, segala teguran yang dilakukan tidak sepatutnya melibatkan dan memburukkan ahli keluarga mana-mana individu.

“Aku tidaklah menyokong apa yang Azad cakap itu. Namun, benda itu tak akan terjadi kalau kau tidak mulakan dulu.

“Kau pun nak tegur jangan libatkan ahli keluarga orang.

“Hari itu kau cakap aku dayus. Isteri dengan anak aku penyebar maksiat, kami masuk neraka dan rezeki tidak halal pun aku diam lagi,” katanya dalam Threads hari ini.

Suami kepada pelakon, Wawa Zainal itu juga memberitahu segala yang berlaku dalam ruangan Direct Message atau DM (ruangan mesej) tidak seharusnya didedahkan kepada khalayak.

“Lagi satu, benda dalam DM selesaikan di situ saja. Tak perlu nak tangkap layar minta simpati daripada orang luar.

“Sebentar lagi dia keluarkanlah hadis untuk membenarkan kata-kata dia itu,” ujarnya.

Sebelum ini, Tareq menegur sikap Aeril supaya tidak menjadi seorang ketua keluarga yang ‘dayus’.

Difahamkan teguran tersebut dibuat selepas Aeril dilihat sering berkongsi konten bersama isteri dan anak-anaknya dalam media sosial.

Semalam, Tareq melahirkan rasa kecewa selepas Azad yang juga penyampai radio Era menggelar ibunya sebagai pelayan pusat hiburan atau GRO.

Tareq berkata, perkara tersebut mula tercetus selepas dia memberi nasihat kepada Azad mengenai dunia hiburan boleh merosakkan akhlak.

Susulan itu, ramai berpendapat tindakan Azad memburukkan ibu Tareq adalah tidak wajar.

Lebih teruk, terdapat segelintir netizen yang mahu memboikot radio Era kerana perkara tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN