fbpx

Aktiviti pelik Suhaimi, Anju yang tiba-tiba bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARINA dan Suhaimi ungguli kejutan panas minggu ini.

RADAR dunia hiburan tempatan minggu ini agak membahang dengan beberapa kisah panas, ada yang pelik, ada juga melucukan.

Ada sahaja perkara yang berlaku sehingga menjadi buah mulut masyarakat. Antara yang menjadi tumpuan minggu termasuklah kisah bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad.

Selepas lama menyepi ekoran menghidap penyakit mata kronik sekitar November tahun lalu, baru-baru ini penyanyi itu mengumumkan penubuhkan sebuah kumpulan nasyid baharu yang dianggotai oleh isterinya, Ina Naim dan empat orang anak mereka.

Penubuhan kumpulan nasyid yang diberi nama Bismillah itu sekali gus menarik perhatian masyarakat tentang ‘keperluan’ Suhaimi berbuat demikian.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Suhaimi dalam Instagram miliknya, penyanyi itu memberitahu bahawa dia dan keluarganya kini dalam proses rakaman dan akan mengeluarkan sebuah album yang mengandungi 10 lagu.

Album nasyid yang turut mengandungi sebuah lagu zikir tersebut akan dijual pada harga RM30 menjelang awal Ramadan ini.

SUHAIMI bersama kumpulan nasyidnya Bismillah yang dianggotai bersama isteri dan anak-anak.

Usikan ‘manja’ netizen mula bermain dalam ruangan komen apabila berita tersebut disiarkan dalam laman sosial.

Masing-masing sekadar mengusik dengan mengungkit ‘kredibiliti’ penyanyi yang pernah menyuarakan pandangan bahawa Bumi ini berbentuk leper dan bukannya sfera.

Bukan itu sahaja, kemunculan semula isteri­nya, Ina Naim dalam arena seni suara turut diperkatakan semula. Ina sebelum ini pernah melahirkan sebuah single berjudul Duhai Hati sekitar 2007.

“Teringat Ina menyanyi dalam sebuah program televisyen. Memang merdu,” ujar salah seorang netizen.

Biarpun banyak yang mengecam, masih ada segelintir masyarakat prihatin dan memberikan sokongan terhadap impian yang sedang dilakukan Suhaimi.

“Semoga Suhaimi dan keluarga dimurahkan rezeki,” kata netizen.

Ada juga pihak bersimpati terhadap anak-anak mereka yang tidak mendapat pendidikan formal, sebaliknya hanya diberikan pendidikan di rumah oleh Suhaimi dan Ina yang bertindak sebagai guru.

Berselang sehari kemudian, nama Suhaimi Saad mengejutkan netizen mengakui dirinya sebagai individu pemilik sebuah akaun dalam aplikasi hubungan songsang, Grindr.

Ramai yang tidak menyangka, bagaimana seorang penyanyi lagu-lagu kerohanian boleh memiliki akaun dalam aplikasi sebegitu.

Suhaimi sebaliknnya bertegas, dia hanya menggunakan aplikasi berkenaan untuk mempromosikan khidmat urutan lelaki dan bukannya sampai ke tahap mengadakan hubungan sejenis.

“Dalam Grindr itu memang aku. Nak urut, PM (private message). Kalau nak hisap atau fun (berseronok), aku tak offer (tawarkan),” ujarnya menerusi Facebook.

Sejauh mana kebenaran atau kepalsuan, natijahnya, Suhaimi telah menanam skeptikal dalam jiwa netizen.

GAMBAR percutian Zarina dan Eilyas semasa Disember lalu.

Bercerai itu ‘best day’

Perkongsian pelakon kontroversi Zarina Anjoulie tentang perceraian dengan Eilyas Azhar dan kembali berstatus ibu tunggal hanya selepas enam bulan berkahwin juga tidak kurang mengejutkan ramai.

Berita ‘bahagia’ tersebut diumumkan Zarina atau lebih mesra disapa Anju dalam Instagram miliknya pada Rabu lalu.

“Alhamdulillah. Yeay, aku dah cerai. Perkara yang paling best (terbaik) dalam hidup aku. Alhamdulillah terima kasih Yas,” katanya yang turut meletakkan imoji berbentuk hati

Dalam hantaran berbentuk video, Anju kemudian menjelaskan perceraian dengan Eilyas berlangsung secara baik dan memberikan alasan bahawa mereka berdua sudah tiada keserasian sebagai pendorong perpisahan mereka.

Perkara tersebut telah membuatkan pengikutnya dalam Instagram tertanya-tanya, malah ada yang sedih kerana selama ini, masyarakat melihat hubungan antara Anju bersama bekas suami sangat baik dan tidak menunjukkan sebarang konflik.

Anju tidak perlukan ‘promosi’ untuk berce­rita tentang punca perceraiannya. Dia cuma melakukan apa yang terbaik dan membahagiakan!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI