fbpx

Wujud padang ragut, selesai masalah haiwan berkeliaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESERTA Padang Ragut Bukit Wan sedang menanam rumput gajah di tapak projek yang terletak di Bukit Wan, Lingai, Batu Rakit, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Koperasi Asas Tani Batu Rakit Terengganu Berhad (Kopstar) mengambil inisiatif membuka padang ragut bagi membekalkan rumput sebagai makanan kepada haiwan ternakan kepada hampir 100 penternak di kawasan tersebut.

Setiausaha Kopstar, Abd. Rahman Yusoff berkata, pembukaan padang ragut seluas 20.25 hektar di Bukit Wan, Lingai dekat sini bertujuan menyelesaikan isu haiwan ternakan berkeliaran sehingga menyebabkan pelbagai masalah terutama kemalangan jalan raya.

“Isu pengembala lembu dan kambing khususnya di Batu Rakit membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran menyebabkan mereka sering menjadi cemuhan masyarakat.

“Kita berbincang mencari jalan penyelesaian sebelum memutuskan mewujudkan padang ragut. Insya Allah apabila cukup makanan, haiwan ternakan mereka akan dijaga baik,” katanya ketika ditemui sedang melakukan kerja-kerja penanaman rumput di padang ragut tersebut dekat sini hari ini.

Hadir sama Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd. Shafizi Ismail.

Abd. Rahman berkata, setakat ini, 8.1 daripada 20.25 hektar tapak padang ragut di atas tapak milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah ditanam dengan rumput minyak (Brachiaria Humidicola) dan rumput gajah (Pennisetum purpureum).

Beliau berkata, fasa satu projek penanaman rumput pada padang ragut tersebut yang telah bermula sejak bulan lalu dijangka selesai dan sudah boleh dituai pada bulan Jun depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI