fbpx

Wanita guna seks ‘jinakkan’ perompak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

BRATISLAVA, Slovakia – Seorang wanita di Slovakia bertindak luar biasa apabila memberi layanan seksual kepada perompak kedai serbaneka di sebuah stesen minyak bagi mengalih perhatiannya sehingga polis tiba.

Menurut akhbar The Sun, insiden berlaku awal pagi baru-baru ini di kota Bratislava apabila perompak berusia 24 tahun itu menceroboh kedai serbaneka dan memaksa juruwang menye­rahkan wang tunai.

Pembantu kedai kemudian melarikan diri ke ruang pejabat di bahagian belakang premis setelah ditumbuk oleh perompak tersebut.

Menurut agensi berita TASR yang memetik sumber polis, seorang wanita kemudian mema­suki kedai itu melalui pintu belakang bagi membantu kakitangan menangani situasi tersebut.

Wanita yang dipercayai bukan pekerja itu dilaporkan menawarkan layanan seksual kepada perompak itu dalam usaha menghalangnya melarikan diri.

Ketika pasukan polis tiba di premis tersebut, mereka melihat perompak itu dalam keadaan separuh bogel bersama wanita terbabit di atas lantai kedai.

“Pekerja lain memberitahu bahawa mereka melihat wanita misteri itu memberi layanan seksual kepada perompak tersebut,” jurucakap polis Bratislava, Michal Szeiff mengatakan kepada TASR.

Szeiff turut memberitahu, wanita itu meminta polis segera menahan lelaki tersebut kerana dia tidak sanggup lagi ‘melayan’ suspek.

“Tolong tahan dia sekarang, saya sudah tidak mampu mela­yannya,” ujar wanita itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI