fbpx

Pemandu ditahan bantu kes kemalangan maut penghantar makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal mangsa yang rosak teruk selepas kemalangan di Kilometer S1.4 Lebuh Raya Damansara Puchong pada Rabu.

PETALING JAYA – Pemandu sebuah kereta Toyota Hilux ditahan polis bagi membantu siasatan kes kemalangan maut melibatkan seorang pekerja penghantar makanan di Kilometer S1.4 Lebuhraya Damansara Puchong pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, siasatan lanjut menerusi beberapa saksi bebas yang berada di lokasi kejadian dan siasatan dari sudut lain, kejadian dipercayai melibatkan sebuah kenderaan lain.

“Pemandu kenderaan yang terlibat semasa kejadian ini, iaitu sebuah Toyota Hilux warna putih, telah tampil memberi keterangan di Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

“Kenderaan yang terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan lanjut Jabatan Kimia dan Puspakom, sementara pemandu Toyota Hilux berkenaan turut ditahan untuk diambil keterangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian pada Rabu, seorang pekerja penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer S1.4 Lebuhraya Damansara-Puchong.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, pekerja wanita terbabit yang dikenali sebagai Wong Lai Yie, 30, maut di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha YZF R15 disyaki terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terpelanting sejauh kira-kira 19 meter dan melanggar sebatang pokok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI