fbpx

Degil melepak, empat lelaki dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat individu dikenakan kompaun kerana melanggar SOP di sebuah kedai di bandar Bentong semalam.

BENTONG – Akibat masih berdegil ‘melepak’ tanpa memakai pelitup muka dan tanpa penjarakan fizikal, empat lelaki dikenakan kompaun akibat melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di sebuah kedai di bandar Bentong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, dalam operasi kira-kira pukul 4.45 petang itu keempat-empat individu berumur 38 hingga 59 tahun itu masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana ingkar PKP 2.0.

“Berdasarkan maklumat awam, sekumpulan lelaki mengelilingi sebuah meja tanpa memakai pelitup muka dan tanpa penjarakan fizikal

“Keempat-empat lelaki berkenaan kemudian dikompaun kerana melanggar PKP 2.0 yang mana kesalahan dilakukan di bawah Perkara 16 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,”katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sepanjang tempoh PKP 2.0 dari 22 Januari lalu sehingga kini sebanyak 22 kompaun telah dikeluarkan pihak polis kerana pelbagai kesalahan melanggar SOP ditetapkan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI