fbpx

106 mangsa banjir Sabah dapat bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA barangan yang akan diagihkan kepada mangsa banjir terbabit.

PETALING JAYA – SebanTeryak RM23,400 berbentuk barangan keperluan akan diagihkan kepada seramai 106 orang mangsa banjir negeri Sabah oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MAFI, misi MAFI Prihatin ke Sabah bagi meringankan beban penduduk di negeri itu yang terjejas kerana banjir khususnya membabitkan petani, penternak dan nelayan.

Jelas kenyataan itu lagi, ianya merupakan tanggungjawab sosial MAFI yang mengumpulkan sumbangan keperluan asas makanan dari jabatan dan agensi di bawah MAFI antaranya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud, Sabah.

“Program itu dimulakan di daerah Beluran yang disempurnakan oleh Menteri MAFI yang juga Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee pada majlis penyerahan bantuan di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beluran di sini, hari ini.

“Bantuan tersebut berupa keperluan makanan diserahkan kepada LPP Sabah melalui PPK Beluran dan diagihkan kepada 106 ahli PPK Beluran di Kampung Pinangkau (33 orang), Sungai-Sungai (38 orang) dan Kelagan Jaya (35 orang),” jelas kenyataan itu di sini hari ini.

Tambahnya lagi, misi MAFI Prihatin dilancarkan pada 21 Januari lalu di Wisma Tani Putrajaya melibatkan penghantaran bantuan keperluan makanan, barangan peralatan elektrik dan kelengkapan asas ke empat kawasan parlimen di Pahang iaitu Lipis, Jerantut, Kuala Krau dan Maran. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI