fbpx

Parlimen Thai keluarkan ketum daripada senarai narkotik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail pada 10 Mei 2016 menunjukkan kapsul ketum dijua sebagai ubat herbal di Miami, Florida. - AFP

BANGKOK – Dewan Perwakilan Thailand memutuskan pada minggu ini untuk mengeluarkan kratom atau ketum daripada senarai narkotik negara itu dan mengklasifikasikannya sebagai bahan kawalan bagi tujuan perubatan, lapor portal phanganist.com

Ketum iaitu sejenis tumbuhan dalam keluarga kopi, telah digunakan dalam perubatan tradisional dan popular kerana memberikan kesan kelegaan.

Dewan Perwakilan bersetuju mengeluarkan ketum daripada senarai dadah terlarang dengan undian 319 menyokong dan 7 menentang sementara tiga wakil rakyat lain tidak hadir.

Usul tersebut kini menunggu kelulusan Dewan Senat dan akan menjadi undang-undang dalam tempoh 90 hari selepas disiarkan dalam Warta Diraja.

Draf undang-undang itu membenarkan pengeluaran, import dan eksport ketum yang akan dikawal oleh Majlis Kawalan Narkotik dengan penjualan ketum akan dikawal ketat.

Orang awam di bawah umur 18 tahun dan wanita mengandung dilarang daripada membeli ketum. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI