fbpx

Conte enggan lepaskan Eriksen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERIKSEN meledak gol kemenangan Inter ketika mereka menewaskan Milan 2-1 pada aksi suku akhir Piala Itali di San Siro awal pagi semalam. – AFP

MILAN – Masa depan Christian Eriksen bersama Inter Milan akhirnya terjawab selepas meledak gol kemenangan pasukan menewaskan musuh tradisi, AC Milan 2-1 pada suku akhir Piala Itali di Stadium San Siro awal pagi semalam.

Eriksen, 28, yang dimasukkan menggantikan Marcelo Brozovic di hujung perlawanan, membuktikan pemain tengah itu masih mampu menyumbang sesuatu kepada Inter apabila berjaya menyempurnakan sepakan percuma menarik pada minit ke-97.

Ia adalah gol pertama Eriksen daripada 14 perlawanan dalam semua kejohanan bersama The Nerazzurri musim ini.

Ketua jurulatih Inter, Antonio Conte menegaskan, beliau tidak akan menjual Eriksen meskipun kapten skuad antarabangsa Denmark itu cuma diturunkan sebanyak empat kali dalam ke­sebelasan utama pasukan kenda­liannya musim ini.

“Sudah berkali-kali saya beri­tahu anda bahawa tiada sia­pa yang akan dibeli atau dijual dalam jendela perpindahan bulan ini.

“Eriksen mempunyai ke­pintaran dan kualiti yang jarang ada pada mana-mana pemain. Dia adalah sebahagian dari­pada projek pasukan ini,” kata­nya.

Kenyataan itu pastinya me­legakan Eriksen yang sebelum ini dilaporkan mahu berhijrah
dengan beberapa pasukan dikatakan berminat mendapatkan khidmatnya seperti Arsenal dan juara Perancis, Paris Saint-Germain.

Sebagai rekod, Eriksen menyer­tai Inter daripada Tottenham Hotspur dengan yuran perpindahan bernilai £17 juta (RM94.49 juta) pada 28 Januari tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI