fbpx

10 peniaga naikkan harga peranti elektronik terima notis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDNHEP mengeluarkan notis kepada salah seorang peniaga peranti elektronik yang disyaki menaikkan harga di Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Seramai 10 peniaga perkakasan komputer, telekomunikasi dan peranti elektronik di negeri ini telah dikenakan notis kerana disyaki menaikkan harga jualan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, pemeriksaan itu dilakukan setelah pihaknya menerima aduan kenaikan harga komputer, komputer riba, mesin pencetak, tablet dan telefon bimbit sejak akhir-akhir ini.

“Ops. Catut 8.0 telah dilaksanakan sejak kelmarin bagi manipulasi harga oleh peniaga susulan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Setakat ini, 10 notis mengikut Akta  Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 telah dikeluarkan kepada peniaga yang didapati telah menaikkan harga perkakasan komputer, telekomunikasi dan peranti elektronik,” katanya di sini semalam.

Saharuddin berkata, notis tersebut dikeluarkan kepada dua peniaga di bandar raya ini, Kemaman dan Besut masing-masing tiga serta Dungun (dua).

Ujar beliau, kesemua peniaga terlibat diberi masa dua hari untuk memberi penjelasan kepada KPDNHEP berhubung kenaikan tersebut.

“Mereka diwajibkan untuk mengemukakan perincian harga jualan dan kos barangan terbabit dalam tempoh tersebut.

“Siasatan lanjut berhubung sama ada berlakunya pengambilan keuntungan berlebihan atau sebaliknya akan dilakukan berdasarkan perincian tersebut,” katanya.

Saharuddin berkata, sekiranya terbukti berlaku unsur pencatutan, peniaga terlibat bakal berhadapan tindakan undang-undamg mengikut Sekyen 14 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI