fbpx
Gambaran artis projek SVTP yang mampu tarik pelaburan swasta RM14 bilion.

SVTP mampu tarik pelaburan RM14 bilion ke Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) akan mewujudkan Silver Valley Technology Perak (SVTP) sebagai sebuah projek pemangkin mampan yang akan menjadikan Perak sebagai peneraju Taman Teknologi Digital di Asia Tenggara.

Projek tersebut yang dilakukan dengan kerjasama kerajaan Perak dijangka mampu menarik pelaburan swasta bernilai kira-kira RM14 bilion di samping mewujudkan 13,000 peluang pekerjaan.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, kedudukan strategik SVTP yang terletak 15 kilometer (km) dari pusat bandar raya Ipoh sekali gus menawarkan perhubungan logistik yang berkesan kerana mempunyai akses mudah ke lapangan terbang, lebuh raya, stesen keretapi dan pelabuhan darat.

“Apabila beroperasi sepenuhnya kelak, SVTP dijangka menarik pelaburan swasta bernilai kira-kira RM14 bilion di samping mewujudkan 13,000 peluang pekerjaan.

“Paling utama adalah mengurangkan isu penghijrahan tenaga kerja berbakat ke negeri-negeri jiran,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat NCIA-Jawatankuasa Pemandu Negeri (JPN) buat pertama kali di sini hari ini.-K! ONLINE