fbpx
ATIQ AZMAN

Sebab PKP, Atiq Azman tak malu jual sotong goreng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan alasan untuk terperuk di rumah atau mengeluh tentang kesukaran hidup. Demikian apa yang dirasai pelakon berbakat Atiq Azman yang tidak kisah melakukan semula pekerjaan lamanya sebagai peniaga jalanan demi mencari pendapatan ekoran ketiadan tawaran dan tidak dapat menjalani penggambaran lakonan.

Menerusi satu hantaran dalam Instagramnya, pelakon yang mencuri perhatian menerusi drama Nur itu berkongsi perniagaan gerai menjual sotong gergasi goreng tepung yang pernah diusahakannya sebelum bergelar pelakon.

Gerai Sotong Gergasi milik Atiq Azman yang beroperasi di Taman Kota Cheras, Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah Sotong Gergasi is back (kini kembali). Siapa nak cuba sotong gergasi Atiq boleh datang ke Taman Kota Cheras, Blok B, okey.

“Ada hotdog, ayam lidi, ayam gunting dan sotong gergasi. Tengah PKP sekarang ini tidak boleh shooting. Tak apalah kita berniaga semula macam dahulu,” katanya dalam hantaran tersebut.

Ujar pelakon berusia 21 tahun itu lagi, dia tidak berasa malu untuk kembali membuka gerai perniagaan walaupun selepas bergelar seorang pelakon.

“Biarlah nak kutip sampah tepi-tepi jalan, sapu sampah ke. Sebab pekerjaan itu akan mendatangkan hasil yang halal,” katanya.

Pemilik nama sebenar, Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah itu sebaliknya akan berasa lebih malu jika tidak berbuat apa-apa sedangnya dirinya masih bertenaga untuk mencari wang secara halal untuk menampun kehidupan.

“Jadi Atiq nak bagi sokongan pada semua supaya tidak berputus asa dan sentiasa mencuba,” kata Atiq. K! ONLINE