fbpx

PKPD di tiga lokaliti di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Transit Tahanan (PTP) Penjara Marang, Pusat Koreksional Dungun dan Kuarters Kakitangan, Terengganu bermula esok hingga 10 Februari depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di PTP Penjara Marang melibatkan Blok Pusat Latihan Pegawai Penjara, Zon 2 dan Zon 3.

Katanya, ia ekoran peningkatan kes mendadak di penjara berkenaan iaitu 98 kes positif Covid-19 daripada 1,262 saringan dilaksanakan setakat semalam, dengan kesemua kes itu hanya melibatkan tahanan.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua yang terlibat untuk memastikan tiada penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, sehingga semalam, KKM telah melaksanakan 1,102 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 99 kes positif Covid-19 telah direkodkan yang melibatkan 92 tahanan, dua kakitangan dan lima kontak rapat.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Pusat Koreksional Dungun dan Kuarters Kakitangan bermula 28 Januari 2021 sehingga 10 Februari 2021,” katanya.

Ujarnya, SOP PKPD di kawasan penjara sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga adalah tidak dibenarkan.

Dalam pada itu, menurut beliau, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan bahawa seramai 7,541 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan semalam dan daripada jumlah itu, 153 orang disahkan positif Covid-19.

“Secara kumulatifnya, sejak 1 Disember 2020, seramai 225,950 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 yang melibatkan 9,132 majikan.

“Daripada jumlah ini sebanyak 4,386 telah disahkan positif Covid-19 manakala 221,564 lagi adalah negatif,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI