fbpx

Bina pusat konservasi pelihara beruk kentoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHIDAN menunjukkan pintu utama Taman Primat, Kangar yang telah ditutup dan dalam keadaan tidak terurus baru-baru ini.

KANGAR – Kawasan pelancongan terbiar berhampiran Hutan Lipur Bukit Ayer, Sungai Batu Pahat dekat sini dicadangkan untuk dibangunkan sebagai pusat konservasi beruk kentoi bagi memastikan populasi hidupan liar itu terus terpelihara.

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kawasan tersebut meliputi Taman Primat dan Taman Burung yang telah ditutup kirakira lapan tahun lalu dan kini dipenuhi semak samun.

“Saya lihat kawasan ini sesuai untuk dijadikan pusat konservasi kentoi, haiwan primat unik yang populasinya hanya terdapat di hutan negeri Perlis,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, pusat konservasi tersebut boleh menjadikan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok di Sabah sebagai model untuk tujuan pembangunan.

“Kerajaan perlu lihat perkara ini daripada sudut pemuliharaan hidupan liar ini bagi memastikan spesies beruk kentoi tidak pupus sebaliknya terus dipelihara.

“Ia juga menjadi nilai tambah kepada sudut pelancongan terutamanya di Perlis,” ujarnya.

Katanya, kawasan berkenaan sesuai kerana terletak berhampiran Hutan Simpan Bukit Bintang dan Banjaran Nakawan yang menjadi habitat kentoi.

“Saya percaya peruntukan yang diperlukan bagi membangunkan pusat pemuliharaan kentoi ini tidak besar dan mampu dilaksanakan,” tambahnya.

Kosmo! pada 21 Disember lalu melaporkan beruk kentoi atau nama saintifiknya Macaca Arctoides adalah spesies unik dan haiwan primat itu hanya boleh ditemui di hutan negeri Perlis.

Populasi paling banyak dikesan berada di Hutan Simpan Kekal Mata Ayer, Wang Kelian di Taman Negeri Perlis dekat sini.

Haiwan itu dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI