fbpx

442 pengantin di Selangor dinikahkan sepanjang PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seramai 442 pasangan pengantin di Selangor telah berjaya dinikahkan secara sidang video sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, pelaksanaan majlis akad nikah ini dilaksanakan hanya kepada pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin.

Katanya, ia juga kepada pasangan yang telah mendapat tarikh nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) secara temujanji.

“Kaedah majlis akad nikah itu apabila pendaftar perkahwinan yang berada di PAID menyaksikan lafaz ijab dan kabul oleh wali dan pengantin lelaki yang berada di rumah bersama pengantin perempuan dan dua orang saksi.

“JAIS juga telah memperluaskan pelaksanaan kaedah ini kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) yang bertugas di masjid pengurusan, mulai kelmarin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan semua PPP dibenarkan untuk melaksanakan pernikahan secara sidang video dalam melancarkan urusan pernikahan para pasangan yang bakal berkahwin mulai 4 Februari depan.

Tambah Mohd. Shahzihan, selaras itu perkhidmatan kaunter temujanji juga telah mula dibuka bagi urusan-urusan di PAID mulai kelmarin.

“Buat permulaan, 25 urusan-urusan temujanji ditetapkan setiap hari bagi perkhidmatan kaunter selama empat jam bermula pukul 8 pagi.

“Sebanyak 900 slot temujanji meliputi semua PAID telah penuh sehingga 29 Jumaat ini,” jelasnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI