fbpx

149.6 tan limau mandarin dari China dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
149.6 tan limau mandarin tanpa permit import dirampas Maqis Johor dalam pemeriksaan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor petang semalam.

JOHOR BAHRU – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor merampas sebanyak 149.6 tan limau mandarin dari China yang bernilai RM531,525 di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah, semalam.

Pengarah Maqis Johor, Nur Afifah A. Rahman berkata, perkara itu dibuat selepas pihaknya menahan enam kontena yang membawa limau mandarin dari negara republik itu.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua limau mandarin itu tidak mempunyai Sijil Perakuan 3P (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan) oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui limau mandarin seberat kira-kira 149.6 tan dengan nilai RM531,525 tanpa Perakuan 3P yang dikeluarkan FAMA.

“Kesalahan adalah di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nur Afifah berkata, pemandu kontena berusia 30 tahun itu dilepaskan setelah diambil keterangan pada pukul 4 petang.

“Pihak Maqis sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan akan terus diperkasakan lagi disemua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit.

“Selain itu, jaminan keselamatan makanan juga dititik beratkan agar terpelihara serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI