fbpx

Shukri Yahaya ‘diserang’ gara-gara Shuk Sahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shukri Yahaya

PETALING JAYA – Instagram pelakon popular, Shukri Yahaya ‘diserang’ dan dicaci netizen berhubung isu curang melibatkan penyampai radio, Shuk Sahar yang tular baru-baru ini.

Hanya kerana mempunyai nama panggilan yang hampir sama, Shukri atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Yahaya, 33, menerima tempias kontroversi tersebut apabila ada segelintir netizen menyangka mereka berdua merupakan individu yang sama.

Meninjau ruangan komen di beberapa hantaran foto yang dimuat naiknya, ramai yang menghamburkan kata-kata berbaur cacian dan hinaan yang jelas menunjukkan mereka tersalah anggap antara Shuk Sahar dan Shukri Yahaya.

“Muka macam Shrek pun nak curang ke? Aku maghah (marah) ni.

“Ini ke Shuk yang curang tu? Kenapa curang, apa cantik sangat ke Fara tu berbanding isteri abang?,” tulis netizen.

 

Tangkap layar komen netizen di Instagram Shukri Yahaya.

Tidak mudah melatah dengan kritikan dan cacian yang dilemparkan, pelakon yang popular menerusi drama 7 Hari Mencintaiku itu dilihat membalas komen-komen netizen dengan nada gurauan dan bersahaja.

“Salah orang ni. muka aku macam SRK (Shah Rukh Khan). Ini aku maghah (marah),” balasnya.

Terdahulu, tular mengenai pelawak Shuk Sahar apabila isterinya mendedahkan suaminya kembali curang buat kali kedua bersama seorang wanita bernama Fara.

Susulan daripada itu, Shuk dilaporkan telah digantung sementara perkhidmatannya sebagai penyampai radio Hot FM bermula semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI