fbpx

Sedia SOP jelas jika PKP dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Kerajaan perlu menggariskan prosedur operasi standard (SOP) lebih jelas dan tegas sekiranya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) digantikan dengan PKP Bersyarat (PKPB).

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, SOP itu juga perlu selari dengan sasaran untuk menurunkan kes Covid-19.

Katanya, satu dasar jelas supaya setiap sektor ekonomi tidak ambil kesempatan atas kelembutan kerajaan.

“Petugas kesihatan tidak mahukan pujian tetapi mahukan satu kepastian yang jelas mengenai hala tuju melawan Covid-19.

“Kerajaan juga perlu bagi jaminan yang jelas bagaimana pelaksanaan PKPB itu dapat menurunkan kes kadar jangkitan harian kembali ke dua angka seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah,” katanya di sini tadi.

Katanya, kerajaan juga perlu segerakan penambahan petugas kesihatan seperti yang diperuntukkan ketika perbentangan Belanjawan 2021.

“Ia bagi membolehkan fasiliti kesihatan kita mampu menangani krisis memandangkan jumlah 3,500 anggota kesihatan dilaporkan akan bertugas pada hujung bulan ini tidak mencukupi,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI