fbpx

Pembiayaan pesakit Covid-19 sedang diperhalusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Mekanisme pembiayaan pesakit Covid-19 oleh pihak insurans di hospital swasta sedang diperhalusi oleh Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, Bank Negara Malaysia dan industri insurans.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, peranan sektor swasta buat masa ini diperkasakan bagi merawat pesakit Covid-19 yang mampu membiayai sendiri kos perubatan dan rawatan.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan akan terus melaksanakan libat urus dengan pihak hospital swasta dan pihak berkepentingan lain dalam memastikan kelancaran pengurusan Covid-19 serta perkhidmatan kesihatan umum tidak terjejas.

“Mobilisasi lain-lain sumber perubatan seperti peralatan, peralatan pelindungan diri (PPE), ubat-ubatan adalah mengikut keperluan hospital terutamanya bagi perkhidmatan kesihatan umum.

“Ini termasuklah memobilisasi anggota perubatan seperti jururawat dari hospital swasta khususnya yang mempunyai kepakaran tertentu untuk bertugas sementara di hospital awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Zuki berkata, kerajaan juga akan memastikan koordinasi yang sistematik agar jaminan akses kesihatan yang menyeluruh dan bersepadu dapat dilaksanakan bagi pesakit Covid-19 serta bukan Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI