fbpx

3,585 kes baharu, 11 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,585 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 190,434 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, tiga kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 3,582 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 40,574 kes.

“Sebanyak 11 lagi kes kematian baharu dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kini mencecah 700 kes.

“Terdapat 4,076 kes sembuh dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 149,160 kes,” katanya menerusi maklumat dikongsikan pada Facebook beliau di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 280 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 111 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI