fbpx

16 lelaki ditahan terlibat sindiket pemburuan haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Seramai 16 lelaki yang dipercayai terlibat dengan lima kumpulan sindiket pemburu haram haiwan terlindung di negeri ini ditahan dalam Ops Khazanah yang dijalankan baru-baru ini.

Kesemua mereka ditahan bersama pelbagai jenis hidupan liar dalam serbuan yang dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, dalam operasi berkenaan, pihaknya telah merampas pelbagai jenis haiwan yang dianggarkan bernilai RM994,000.

“Daripada lima kumpulan ditahan, dua daripada kumpulan terbabit terdiri daripada warga asing yang menjalankan aktiviti haram itu.

“Dengan penangkapan ahli kumpulan terbabit, kita telah berjaya melumpuhkan kegiatan penyeludupan haiwan terlindung di sempadan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir pada Program Pemantauan Sekatan Jalan Raya (SJR) Kolabrasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Tunjong hari ini.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, semua suspek yang ditahan dan haiwan yang dirampas sudah diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI