fbpx

16 kem PLKN, KBN dijadikan depoh tahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan bakal mengambil alih sebanyak 16 kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Kem Bina Negara (KBN) di seluruh negara untuk dijadikan fasiliti dan depoh tahanan sementara bagi kegunaan Jabatan Penjara, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara sewaan.

Perkara itu telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali hari ini.

Beliau berkata, tindakan tersebut perlu dilakukan bagi menjamin penjarakan fizikal antara banduan dan tahanan di penjara, depoh dan lokap seterusnya mengelakkan penularan Covid-19.

Bagaimanapun, banduan dan tahanan yang bakal ditempatkan di kem PLKN dan KBN berkenaan terdiri daripada mereka yang melakukan kesalahan ringan sahaja.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga akan bekerjasama dengan pelbagai agensi keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi memastikan tahap keselamatan di pusat tahanan sementera sentiasa dikawal dengan ketat.

“Ketika ini PDRM sedang berunding dengan pemilik fasiliti berkenaan bagi membolehkannya dijadikan lokap dan pusat tahanan sementara. Pengoptimuman penggunaan fasiliti sedia ada yang bersesuaian serta mengelakkan dari implikasi kewangan yang lebih besar bagi pembinaan fasiliti baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI