fbpx

10 notis pada hari pertama Ops Catut 8.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai KPDNHEP Selangor melakukan pemeriksaan harga barangan elektronik seperti telefon bimbit dan komputer riba dalam Ops Catut 8.0 yang bermula hari ini.

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor mengeluarkan 10 notis kepada peniaga peralatan elektronik kerana disyaki menaikkan harga, pada hari pertama Ops Catut 8.0 hari ini.

Pengarahnya, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, tindakan itu hasil pemeriksaan bermula 11 pagi di kiosk-kiosk pasar raya di seluruh negeri ini yang menjual peralatan elektronik seperti set komputer, komputer riba, mesin pencetak dan telefon bimbit.

Katanya, pihaknya mendapati bekalan peralatan elektronik itu merekodkan jualan tinggi terutama mesin pencetak dan komputer riba.

“Rata-rata peniaga ditemui memaklumkan mereka terpaksa menunggu agak lama bagi mendapatkan pesanan daripada pembekal dan selain berlaku sedikit kenaikan harga berikutan kos barangan telah meningkat.

“Rentetan itu, sebanyak 10 notis dikeluarkan terhadap peniaga bagi membekalkan perincian harga jualan dan harga kos barangan bagi tujuan siasatan lanjut samada berlaku pengambilan keuntungan berlebihan atau tidak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, para peniaga berkenaan diberi tempoh masa selama dua hari untuk membekalkan maklumat yang diarahkan pihaknya.

Muhamad Zikril menjelaskan Ops Catut 8.0 yang dilaksanakan sehingga 8 Februari depan bertujuan membendung salah laku atau manipulasi harga oleh peniaga susulan pembelajaran secara atas talian bagi murid dan pelajar untuk sesi persekolahan yang bermula 20 Januari lalu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI