fbpx

TLDM usir 25 bot nelayan Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 25 bot nelayan Indonesia yang diusir TLDM petang tadi.

PETALING JAYA – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengusir 25 bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara kira-kira 52 batu nautika tenggara Pulau Perak petang tadi.

Dalam satu kenyataan, TLDM berkata, bot-bot itu tanpa nombor pendaftaran dan mengibarkan bendera Indonesia dikesan oleh Kapal Diraja (KD) Mahawangsa yang sedang melaksanakan Ops Benteng Laut di Sektor 3 setelah menerima maklumat daripada Komander Komponen Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia.

“KD Mahawangsa mengambil tindakan mengusir kesemua bot nelayan asing tersebut keluar dari perairan negara dan terus melaksanakan rondaan di Selat Melaka Utara bagi mengekang pencerobohan bot nelayan asing ke perairan negara.

“TLDM sentiasa memperkasakan Ops Benteng bersama pelbagai agensi maritim yang lain di bawah National Task Force (NTF) bagi memperkukuhkan sempadan perairan negara daripada dicerobohi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Kehadiran kapal TLDM yang beroperasi 24 jam tanpa henti setiap hari adalah bagi mengekang kemasukan PATI dan mencegah penularan pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI