fbpx

Bukan nak pertahankan Shuk, takut kena pada diri sendiri – Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA Nick

PETALING JAYA – Pelakon Janna Nick berpendapat orang ramai tidak seharusnya campur tangan atau melemparkan tohmahan berlebih-lebihan terhadap isu pergolakan rumah tangga Shuk Sahar.

Pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner, 26, terpanggil mengutarakan pandangan peribadi impak keghairahan khalayak yang seperti berlumba-lumba mengutuk juruhebah Hot FM itu selepas didakwa curang dengan seorang wanita baru-baru ini.

“Bukan hendak menyebelahi Shuk tetapi kita tak tahu perjalanan hidup ini macam mana. Ramai lagi orang biasa di luar sana yang ada skandal, bezanya mereka bukan artis.

“Tidak perlu campur urusan peribadi dengan kerjaya mereka,” tulisnya dalam entri berkenaan.

Ujar pelakon yang kini terkenal menerusi drama Melastik Ke Hatimu itu, dia juga meminta netizen tidak terlalu banyak memperkatakan isu rumah tangga orang lain.

“Isu-isu dalam kain seperti ini kita tidak tahu siapa yang betul dan siapa salah.Kalau kena pada batang hidung sendiri barulah kita nak sedar.

“Jadi lebih bagus kita doakan yang baik-baik. Kita sibuk bercakap dan kutuk sana sini pun tak guna sebab sila-silap esok lusa mereka suami isteri akan berbaik semula,” katanya lagi.

Rata-rata pengikut Instagramnya turut bersetuju dengan pendapat pengacara Melodi itu supaya tidak terlalu menyibuk urusan rumah tangga orang lain.

Terdahulu, rumah tangga Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah mendedahkan kecurangan dia selepas didakwa berkunjung di rumah wanita lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI