fbpx

Adele, suami akhirnya bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADELE

SELEPAS dua tahun tidak tinggal bersama sejak 2019, penyanyi Adele akhirnya mencapai kata sepakat bersama suaminya, Simon Konecki untuk bercerai.

Menurut laporan US Weekly, Adele mengemukakan tuntutan perceraian di mahkamah pada 15 Januari lalu dan hanya menunggu hakim menandatangi dokumen yang mengesahkan perceraian mereka.

Bagaimanapun, sehingga kini baik Adele mahupun suaminya masih bertindak mengunci mulut daripada berbicara soal perceraian mereka.

Sumber terdekat kepada penyanyi yang popular menerusi lagu All I Ask itu memberitahu, walaupun telah bercerai, kedua-dua mereka tetap menjalin hubungan baik untuk anak lelaki tunggal mereka, Angelo Adkins yang kini berusia sembilan tahun.

Adele dan Simon bercinta sejak 2011 sebelum kedua-duanya memutuskan untuk berkahwin pada 2016.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI