fbpx

Tak sempat seludup mercun bernilai RM80,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhd. Zailani (tengah) menunjukkan sebahagian daripada mercun bernilai RM80,000 yang dirampas menerusi Ops Benteng-Covid Landai di Taman Skudai Indah, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya merampas pelbagai jenis mercun yang dianggarkan bernilai RM80,000 menerusi Ops Benteng-Covid19 Landai yang dijalankan di sebuah rumah di Taman Skudai Indah 2, di sini semalam.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, dalam serbuan yang dijalankan pada pukul 4.30 petang itu, pihaknya turut menahan pemilik rumah iaitu seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun.

Menurutnya, mercun berkenaan dipercayai merupakan bekalan bagi memenuhi permintaan sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

“Dalam operasi berkenaan, kami menerima panggilan orang awam berhubung aktiviti penyimpanan mercun sebelum bertindak menyerbu lokasi berkenaan.

“Dalam serbuan itu, kami menemui 43 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun di dalam sebuah lori yang diletak di hadapan rumah, sebelum turut menemui 17 lagi kotak mercun di bahagian garaj.

“Kesemua mercun dan bunga api yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM80,000. Manakala lori yang digunakan untuk menyimpan barangan itu turut disita dengan nilai keseluruhan rampasan dan sitaan berjumlah RM160,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat dibawah Akta Bahan Letupan 1959 yang jika sabit bersalah, boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Muhd. Zailani turut memberitahu, PPM Wilayah Dua akan terus menjalankan operasi bagi mengekang aktiviti jenayah dan pelanggaran undang-undang termasuklah ketika musim perayaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI