fbpx

550 individu langgar SOP ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 550 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu seramai 499 individu dikompaun, 42 direman, manakala sembilan lagi dijamin.

“Kesalahan direkodkan tidak memakai pelitup muka (130), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (112), tiada penjarakan fizikal (68), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (54),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, tindakan itu diambil selepas Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat sebanyak 57,350 pemeriksaan.

Menurut beliau, seramai 11,657 anggota membuat pemantauan di 3,731 pasar raya 5,432 restoran, 2,135 penjaja, 1,347 kilang, 3,226 bank dan 552 pejabat kerajaan.

Kata beliau, turut dipantau adalah 970 terminal pengangkutan darat, terminal pengangkutan air (219) dan terminal pengangkutan udara (75). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI