fbpx

Dedah TAC, guru rugi RM27,550

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh MOHD. SHAHRULANOOR ISHAK

KUANTAN – Guru wanita berusia 57 tahun kerugian RM27,550 selepas mendedahkan nombor kod pengesahan transaksi (TAC) perbankan online ketika kejadian semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa dihubungi suspek yang menyamar anggota polis Khamis lalu.

“Semasa berada di tempat kerja, mangsa menerima panggilan daripada talian 014-7408607 yang perkenalkan diri sebagai pegawai polis Ibu Pejabat Kontinjen Pahang.

“Suspek beritahu mangsa ada akaun bank yang digunakan untuk aktiviti pengubahan wang haram,” katanya menerusi kenyataan kepada media di sini hari ini.

Mohd. Wazir menambah, suspek tersebut juga meminta guru wanita itu menyerahkan nombor TAC sebelum menamatkan perbualan telefon.

“Semalam, mangsa melakukan urusan perbankan di kaunter dan mendapati RM11,000 dipindahkan kepada sebuah akaun milik individu tidak dikenali.

“Selain itu, mangsa menyemak akaun di sebuah bank yang lain pula dan mendapati RM16,550 turut lesap dipindahkan ke dalam akaun individu lain,” katanya.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI