fbpx
BAEK JI-YOUNG

Sebuah lagu sahaja berharga RM36,693!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RATU lagu runut bunyi (OST) Korea, Baek Ji-young mendedahkan dia menerima bayaran sebanyak 10 juta won (RM36,693) untuk singlenya berjudul Don’t Forget.

Pendedahan tersebut dilakukan penyanyi itu selepas ditanya hos program Video Star, Park Na-rae mengenai desas-desus bayaran tinggi yang diperolehinya baru-baru ini.

“Saya mendengar anda menerima bayaran 10 juta won untuk lagu terbaharu yang dijadikan OST. Adakah benar?” soal Na-rae.

Penyanyi terkenal itu mengakui khabar angin tersebut dan memberitahu perkara sebenar.

Pada masa sama, Ji-young, 45, turut memberitahu sebuah singlenya sebelum ini berjudul The Women turut dijadikan OST bagi sebuah drama tetapi tidak memberikan impak dan pulangan lumayan seperti Don’t Forget.

Terbaharu, Baek Ji-young baru sahaja hadir dengan single terbaharu berjudul My Light yang turut menjadi OST bagi naskhah Run On.