fbpx

Orang ramai boleh lapor aktiviti langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syahrul (tengah) ketika membuat lawatan ke SJR Taman Sornam, dekat sini, pagi tadi.

JEMPOL – Orang ramai dialu-alukan untuk melaporkan sebarang aktiviti yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Jempol merangkap Pegawai Daerah, Syahrul Nizam Saleh berkata, sebarang ketidakpatuhan SOP boleh dilaporkan di talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol 01158901412.

Malah menurutnya, bagi meningkatkan lagi kadar pematuhan SOP, penguatkuasaan lebih tegas menerusi penubuhan ‘Squad Task Force’ dilaksanakan membabitkan ke semua kawasan termasuklah di kawasan perkampungan.

“Pemantauan ini melibatkan tujuh agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS).

“Malah, kita juga minta masyarakat atau komuniti untuk turut sama memerhatikan dan melaporkan kepada agensi penguatkuasa sekiranya terdapat sebarang perlanggaran SOP dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19,” katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan ke sekatan jalan raya (SJR) Taman Sornam, dekat sini, pagi tadi.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI