fbpx

Ibu curi kerana anak demam merupakan asnaf LZS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIK Ezanee menyampaikan sumbangan kepada seorang wanita yang ditangkap kerana mencuri disebuah pasar raya semalam.- Foto ihsan Facebook Polis Petaling Jaya

PETALING JAYA- Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan ibu yang menjadi tular mencuri kerana anak demam merupakan asnaf yang berdaftar dengan badan itu sejak 2018.

Dalam satu hantaran di laman Facebook, LZS berkata, keluarga wanita itu disantuni dengan bantuan kewangan bulanan, bantuan hari raya dan bantuan keperluan sekolah.

“Namun begitu, prihatin dengan apa yang berlaku, kami akan melihat semula keperluan keluarga ini dan permasalahan mereka,” katanya dalam hantaran tersebut.

Kosmo! semalam melaporkan. prihatin dengan kesusahan yang dihadapi oleh seorang wanita sehingga sanggup mencuri disebuah pasar raya semalam, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal tampil membantu wanita tersebut.

Wanita itu telah ditahan kira-kira pukul 3 petang kelmarin kerana telah mencuri kek, ‘cool fever’ atau ‘plaster’ di sebuah pasar raya.

Nik Ezanee berkata, pihaknya telah terpanggil untuk membantu wanita tersebut sebaik menerima laporan daripada pihak berkuasa. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.