fbpx

Zahid negatif jangkitan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

PETALING JAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi disahkan negatif jangkitan Covid-19.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) memaklumkan perkara itu menerusi laman rasmi Facebooknya sebentar tadi.

“Alhamdulillah, pagi ini saya menerima perkhabaran menggembirakan apabila keputusan ‘swab test’ yang dijalankan adalah negatif.

“Pagi ini tepat pukul 7.44 pagi, doktor telah menghubungi isteri saya memaklumkan perkhabaran ini,” katanya.

Semalam, Ahmad Zahid memaklumkan beliau menjalani ujian saringan Covid-19 di Hospital Avisena Shah Alam.

Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin UMNO bahagian termasuk Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Tajuddin yang juga Pengerusi Prasarana Berhad disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin di rumahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI