fbpx

DPMM dan PPIM dengan kerjasama APM buat kutipan bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan sumbangan yang diterima APMM untuk diagihkan kepada mangsa banjir di seluruh negara.

PETALING JAYA – Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) dan Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) menggerakkan usaha mengutip sumbangan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Naib Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon berkata, DPMM memahami kerumitan mangsa banjir yang kehilangan harta benda akibat bencana banjir apatah lagi ketika berdepan dengan pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Inisiatif kali ini bukan sahaja tertumpu kepada sumbangan makanan dan pakaian, malah ia turut melibatkan peralatan elektrik seperti mesin basuh.

“APM akan turut bekerjasama dengan pihak Jawatankuasa Bencana Daerah bagi mengenalpasti golongan memerlukan dan ini akan memastikan beban yang didepani dapat diringankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, sehingga hari ini, jumlah sumbangan yang diterima bernilai kira-kira RM400,000.00 dan meningkat setiap hari.

Tambahnya lagi, diharapkan sumbangan ini dapat dihantar kepada penerima selepas PKP berakhir dan ketika ini DPMM masih lagi membuka tabung sumbangan kepada orang ramai.

“Orang ramai yang ingin menyumbang boleh melakukannya melalui Nombor Akaun Maybank: 5643 2413 7896 dengan menulis rujukan Misi Bantuan Banjir atau melalui laman web khas yang ditaja oleh sumbangan.com di https://sumbangan.com/DPMM/BanjirDPMM,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI