fbpx

Pelajar parah jatuh dari tingkat 3 sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelajar sekolah terjatuh dari tingkat tiga.

KUCHING – Seorang pelajar lelaki dipercayai mengalami kecederaan parah setelah terjatuh dari tingkat tiga bangunan sebuah sekolah di bandar ini hari ini.

Kejadian tersebut yang dipercayai telah berlaku sekitar pukul 7 pagi telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani.

“Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh pihak ambulans yang tiba di tempat kejadian.

“Mangsa kini masih menerima rawatan di unit kecemasan HUS dan dilaporkan stabil. Kes tersebut masih dalam siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mangsa merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima aliran Sains berumur 17 tahun yang baharu memulakan sesi persekolahan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI