fbpx

Paip pecah sebabkan IPD Kemaman banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IPD Kemaman dilanda banjir kilat akibat paip pecah pada malam tadi.

KEMAMAN – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di sini dilanda banjir kilat akibat kejadian paip pecah pada malam tadi.

Kejadian pada pukul 11 malam itu turut mengakibatkan dua kenderaan milik anggota polis bertugas yang diletakkan di hadapan IPD Kemaman mengalami kerosakan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, paip yang pecah di hadapan bangunan IPD Kemaman tersebut juga telah membentuk kawah besar seluas kira-kira tiga meter.

“Impak daripada paip pecah berkenaan telah mengakibatkan sebahagian kawasan IPD Kemaman termasuk bahagian lokap dilimpahi air bersama lumpur setinggi kira-kira 0.1 meter.

“Ia juga membentuk lubang besar yang masih belum dikenalpasti kedalamannya,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, pihaknya telah mengambil langkah awal menutup sementara kawasan terlibat iaitu sebahagian Jalan Air Putih di sini daripada kegunaan semua kenderaan.

Ujar beliau, laluan itu hanya akan dibuka semula selepas selesai kerja-kerja pembaikan oleh Syarikat Air Terengganu (Satu). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI