fbpx

Hamzah stabil dan kini jalani rawatan serta kuarantin di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin masih lagi dirawat serta menjalani kuarantin di hospital selepas disahkan positif Covid-19 pada 11 Januari lalu.

Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan akhbar hari ini berkata, buat masa ini, Hamzah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

“Tahap kesihatan beliau kini berada dalam keadaan yang stabil.

“Pejabat Menteri Dalam Negeri mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menzahirkan keprihatinan terhadap tahap kesihatannya,” katanya.

Katanya, Pejabat Menteri Dalam Negeri memohon agar semua pihak untuk terus mendoakan kesembuhan kepada Hamzah.

Menurutnya, sebarang perkembangan berkaitan tahap kesihatan Hamzah yang sahih dan rasmi hanya akan dikeluarkan oleh Pejabat Menteri.

Ketika ini, beberapa menteri Kabinet turut menjalani rawatan dan kuarantin di hospital kerana positif Covid-19.

Mereka termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan terbaharu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, semalam.

Beberapa pemimpin politik juga disahkan positif  Covid-19 sebelum ini termasuk yang terbaharu Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI