fbpx

Alaba jadi milik Real musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALABA dilaporkan sudah menyatakan persetujuan untuk menyertai Real dengan kontrak selama empat tahun. – AFP

MADRID – Real Madrid semakin optimis bahawa mereka mampu mendapatkan khidmat pemain Bayern Munich, David Alaba selepas pemain itu dilaporkan sudah bersetuju untuk menyertai skuad kendalian Zinedine Zidane itu.

Bayern sebelum ini mengakui bahawa tidak mampu untuk mengekalkan Alaba selepas dia menolak kontrak baharu dengan gaji mingguan sebanyak £200,000 (RM1.1 juta) seminggu untuk memastikan dia kekal di Munich.

Pemain Austria itu menghabiskan masanya selama 13 musim di Bundesliga dan beberapa pasukan gergasi Eropah lain seperti Chelsea, Manchester City dan Manchester United, Liverpool serta Paris Saint-Germain turut berminat dengan khidmatnya.

Namun, Alaba dilaporkan lebih berminat untuk mencuba saingan di La Liga menyebabkan Real tidak berlengah dan terus menawarkan kontrak selama empat tahun di Santiago Bernebeu.

Pemain pertahanan itu juga bakal menerima pendapatan sebanyak £11 juta (RM60.63 juta) sesmusim dan sudah melengkapkan urusan pemeriksaan kesihatan.

Liverpool sebelum ini dilaporkan sudah mengadakan rundingan bersama Alaba tahun lalu dan cuba mendapatkannya secara percuma pada jendela perpindahan musim panas depan.

Bagaimanapun, Liverpool terpaksa menarik diri daripada meneruskan hasrat mereka ekoran permintaan gaji yang terlampau tinggi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI