fbpx

66 pegawai polis pantau SOP sekolah menengah di SPU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorzainy (kanan) membuat pemantauan SOP di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Ling, Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) mewujudkan seramai 66 pegawai perhubungan sekolah bagi memantau prosedur operasi standard (SOP) di sekolah-sekolah menengah di daerah itu yang dibuka kepada pelajar yang akan menjalani peperiksaan penting bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pegawai-pegawai terbabit akan melakukan pemantauan di 32 buah sekolah bantuan kerajaan dan sebuah sekolah persendirian membabitkan kira-kira 9,892 pelajar.

Menurutnya, pembukaan sekolah di daerah itu membabitkan pelajar tingkatan lima tahun 2020 dan 2021 serta tingkatan enam bawah dan atas yang akan menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

“Pegawai perhubungan sekolah diarahkan turun padang dan melawat sekolah bagi menyambut murid tingkatan lima dan enam kembali ke sekolah.

“Selain itu, pegawai ini akan memantau SOP di luar sekolah dan meninjau di dalam kelas pada setiap hari,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Ling, Butterworth di sini yang menempatkan kira-kira 600 pelajar tingkatan lima dan enam.

Dalam pada itu, Noorzainy berkata, bagi memudahkan orang ramai menghantar anak ke sekolah di daerah itu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihaknya memberi kelonggaran kepada ibu bapa yang perlu merentas daerah dan negeri tanpa perlu mendapatkan surat kebenaran polis.

“Saya dapati ada pelajar yang perlu merentas negeri dan daerah, justeru memadai untuk ibu bapa membuktikan mereka menghantar anak ke sekolah dengan menunjukkan surat daripada pihak sekolah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI