fbpx

Sorok 1,145kg ikan tanpa permit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara bungkusan pelbagai jenis ikan yang dirampas Maqis Johor dalam pemeriksaan ke atas sebuah lori di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah, petang semalam.

JOHOR BAHRU – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor menahan 20 jenis ikan seberat 1,145 kilogram (kg) bernilai RM24,265 yang cuba dibawa keluar tanpa permit eksport sah ke Singapura, petang semalam.

Pengarah Maqis Johor, Nur Afifah A. Rahman berkata, rampasan itu dibuat pihaknya di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah di sini pada pukul 2 petang.

“Ketika kejadian, sepasukan penguatkuasa Maqis sedang melakukan pemeriksaan ke atas sebuah lori yang membawa muatan ikan menuju ke Singapura.

“Hasil pemeriksaan mendapati, sejumlah 1,145 kg ikan pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM24,265 diletakkan bersama ikan lain yang mempunyai dokumen sah bagi mengelirukan penguatkuasa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, pemeriksaan lanjut dibuat mendapati beberapa jenis ikan antaranya bawal, siakap, jelawat dan lain-lain tidak mempunyai permit eksport yang sah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI