fbpx

PKP kini di seluruh negara kecuali Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis selama 14 hari bermula Khamis ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, ia bermakna seluruh negara kini berada dibawah pelaksanaan PKP kecuali Sarawak.

“Ia hasil nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung trend peningkatan kes positif Covid-19 di negeri terbabit,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan, kerajaan sedang mempertimbangkan permintaan orang ramai supaya operasi premis menjual makanan dilanjutkan kepada pukul 10 malam.

Menurut beliau, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah diminta untuk berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung permintaan tersebut.

“Sebab kesannya jika operasi kedai makan dilanjutkan, operasi-operasi (aktiviti) lain juga akan minta mereka dibenarkan sehingga pukul 10 malam,” katanya.

Ketika ini operasi premis makanan termasuk gerai dan restoran hanya dibenarkan beroperasi sehingga pukul 8 malam dibawah pelaksanaan PKP 2.0. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI