fbpx

Bangladesh tagih ‘ilmu’ hoki Iman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMAN akan menggalas tanggungjawab baharu sebagai ketua jurulatih pembangunan hoki negara ranking ke-38 dunia iaitu Bangladesh mulai semalam.

BEKAS pembantu jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Iman Gobinathan akan berlepas ke Dhaka, Bangladesh malam ini untuk menggalas tanggungjawab baharu sebagai ketua jurulatih pembangunan hoki negara ran­king ke-38 dunia itu.

Ini adalah kali ketiga Bangladesh menagih kepakaran dan keistimewaan sistem latihan pengendali berusia 43 tahun itu memandangkan beliau pernah membimbing pasukan hoki negara berkenaan pada tahun 2015 dan 2018.

Iman yang juga bekas pembantu jurulatih Skuad Projek 2013 mengakui sedia mencurahkan pengalaman luasnya di pentas antarabangsa, sekali gus membantu membangunkan sukan hoki Bangladesh dari peringkat akar umbi.

“Walaupun saya pernah pergi sana tetapi ini adalah cabaran dan tanggungjawab baharu. Saya terharu kerana pihak Bangladesh menghargai hasil kerja saya bersama mereka sebelum ini.

“Di sana ada lapan buah sekolah sukan dan tiga daripadanya khas untuk projek hoki. Saya akan terus mula bekerja dan buat program pembangunan hoki untuk mereka sebaik sampai sahaja di sana nanti.

“Kamu sudah menunjukkan kejayaan tetapi tidak pernah diberi peluang untuk menjadi jurulatih. Jadi, saya akan tabur bakti kepada mereka yang mempercayai saya,” kata pe­ngendali Hockademy itu ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Iman mempu­nyai resume hebat sepanjang menjadi pembantu jurulatih Skuad Projek 2013 iaitu pasukan hoki remaja lelaki negara dengan muncul juara Piala Sultan Johor 2011 dan Piala Remaja Asia 2012 selain meraih tempat keempat Piala Dunia Remaja 2013.

Kini, beliau mengikut jejak langkah bekas ketua jurulatih Skuad Projek 2013, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah yang bergelar Pengarah Teknikal Pasukan Hoki Jawa Barat di Indonesia selepas kontraknya bersama skuad wanita negara tidak di­sambung tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI