fbpx

Lelaki melawat abang ditemui terjatuh dari PPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah di kawasan parkir motosikal di sebuah blok Program Perumahan Rakyat (PPR) di Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.

Mangsa berusia 38 tahun yang lengkap berpakaian ditemui kira-kira pukul 10.30 malam oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, bertindak atas maklumat pihaknya telah pergi ke lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati, mangsa yang telah berkahwin dan memiliki seorang anak lelaki dipercayai telah terjatuh dari sebuah blok di PPR terbabit.

“Menurut keluarga mangsa, dia dipercayai pergi ke sana (tempat kejadian) untuk melawat abangnya yang tinggal di blok tersebut.

“Semakan lanjut mendapati mangsa mempunyai buku rawatan Jabatan Psikiatri dan Mental Hospital Kuala Lumpur (HKL),”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rajab Ahad berkata, mayat mangsa dihantar  ke HKL untuk bedah siasat dan punca kematian adalah disebabkan kecederaan parah akibat terjatuh dari
tempat tinggi.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini diminta untuk menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Arita Mabni di talian 019-351 6695.

“Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Ketua Polis Balai, Inspektor Mohd. Razif Abdul Aziz di talian 010 -233 2777 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI