fbpx

17 bergaduh kerana teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pergaduhan tersebut.

KUCHING – Disebabkan berebut seorang teman wanita, seramai 17 remaja lelaki dari dua kumpulan telah ditangkap kerana terlibat dalam satu pergaduhan di hadapan hotel terkemuka di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini, Ahad lalu (17 Jan).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Mat Zani@Mohd Salahuddin Che Ali berkata, kejadian terbabit berlaku sekitar pukul 11.50 pagi.

“Salah seorang suspek telah membawa sekumpulan rakannya untuk ‘confront’ (berhadapan) dengan seorang remaja lelaki yang dipercayai telah membawa teman wanitanya keluar bersama.

“Susulan itu, keadaan menjadi tegang apabila berlakunya perselisihan faham dan pertengkaran di antara kedua-dua kumpulan sehingga menyebabkan pergaduhan fizikal melibatkan topi keledar motosikal sebagai senjata,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi (18 Jan).

Kejadian tersebut dirakam dalam satu video berdurasi 56 saat oleh orang awam yang berada di dalam hotel.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani, pihak polis telah tiba di lokasi kejadian pada pukul lebih kurang 12.10 tengahari dan berjaya menahan empat orang lelaki sebelum menahan dua lagi suspek ketika mereka sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Kesemua suspek yang ditahan terdiri daripada remaja lelaki tempatan berumur antara 17 hingga 19 tahun.

“Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata dan merusuh yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan,” katanya dalam satu laporan siang tadi.

Ditanya samada sebilah parang digunakan dalam pergaduhan tersebut seperti yang dituntut dalam video rakaman yang viral, Salahuddin menyatakan bahawa objek yang digunakan dalam rusuhan itu adalah topi keledar motosikal dan polis tidak menemui parang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI