fbpx

Jangan terburu-buru keluarkan kenyataan, semak dahulu – Stuart

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STUART ingatkan Zamsaham agar tidak terburu-buru keluar kenyataan di media sosial.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan bahawa pasukan Kelantan FC bakal dipotong tiga mata sekiranya gagal melunaskan tunggakan gaji 11 pemainnya mengikut tempoh yang ditetapkan.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam turut membidas pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman kerana membuat tohmahan ke atas badan induk bola sepak negara tanpa memeriksa ketepatan laporan yang disiarkan media.

Menerusi temu bual yang dikeluarkan FAM, Stuart mengelak untuk menjawab soalan mengenai pemotongan mata itu supaya tidak mengeruhkan keadaan antara Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Kelantan FC.

“FAM ingin mengingatkan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai ZamSaham agar tidak terburu-buru dalam mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial tanpa memeriksa ketepatan fakta tersebut terlebih dahulu.

“Kemudian cuba menyerang FAM dengan mengaitkan pula isu-isu yang tiada kena mengena dalam hal ini.

“Perkara seperti ini boleh dielakkan daripada berlaku jika Norizam menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan atau pengesahan,” kata Stuart dalam satu kenyataan semalam.

Sebagai rekod, Jawatankuasa Status FAM menerusi pengerusinya, Mohd. Joehari Ayub mengesahkan bahawa KAFA perlu melangsaikan tunggakan 11 bekas pemainnya yang keseluruhan berjumlah RM187,778.92 pada Rabu lalu.

Namun, Norizam beranggapan tunggakan gaji tersebut diarahkan kepadanya memandangkan proses penswastaan kelab sudah berlaku.

“KAFA dah jelaskan, baki hutang mereka akan bayar. Kelantan FC sudah mahu fokus ke depan. FAM pula sepatutnya membantu penswastaan.

“Bukannya awal-awal sudah cerita mahu tolak tiga mata, kemudian tanpa sebarang pertanyaan kepada kelab dan KAFA terlebih dahulu. Mohon FAM, biar lebih bijak daripada biasa,” kata Norizam menerusi Facebook peribadinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI